Latihan Sistem Bahasa 11 (4) - Soalan Kata Ganda
Isi tempat kosong dengan jawapan
yang paling sesuai.
31 Keadaan di dalam kedai runcit
itu ________ setelah dimasuki pencuri pada malam tadi.
A tunggang-langgang C riuh-rendah
B kelam-kabut D hiruk-pikuk
32 Dalam keadaan _________,
Rajesh terlupa untuk memakai stoking semasa ke sekolah.
A tunggang-langgang C kelam-kabut
B lintang-pukang D kacau-bilau
33 Khemah itu akan disewa oleh
penduduk kampung setiap kali ________ diadakan.
A kenduri-kendara C sorak-sorai
B kering-kontang D beli-belah
34 “Ketumbuhan ini jika dibiarkan
_________ akan menjadi kanser,” kata Doktor Idayu kepada pesakitnya.
A umbang-ambing C keluh-kesah
B lambat-laun D dolak-dalih
35 Keadaan menjadi semakin
_______ apabila penunjuk perasan merusuh di tempat-tempat awam.
A tunggang-langgang C riuh-rendah
B lintang-pukang D huru-hara
36 Bintang yang berkerdipan pada
waktu malam menjadikan langit _______.
A terang-benderang C warna-warni
B senang-lenang D gelap-gelita
37 Salah satu tanda keracunan
makanan ialah pesakit akan mengalami ________.
A kusut-masai C huru-hara
B calar-balar D cirit-birit
38 Pendatang tanpa izin itu
menyamar sebagai pengemis dengan pakaian _________.
A tanggang-langgang C warna-warni
B compang-camping D kusut-masai
39 Bunyi jantungnya _________
sewaktu hendak mengambil keputusan peperiksaan itu.
A lentang-lentung C riuh-rendah
B degap-degup D liang-liuk
40 Walaupun usahawan itu _______
namun dia tidak sombong.
A kelam-kabut C kaya-raya
B kucar-kacir D hina-dina
Jawapan
31A
32C
33A
34B
35D
36A
37D
38B
39B
40C
.