Latihan Sistem Bahasa 11 (2) - Soalan Kata Ganda
Isi tempat kosong dengan jawapan
yang paling sesuai.
11 Rendang itu sangat sedap
kerana dimasak menggunakan _____ yang istimewa.
A rempah-ratus C lauk-pauk
B sayur-mayur D saki-baki
12 Majlis itu dihadiri oleh semua
rakan daan _____ terdekat Puan Dalila.
A saudara-mara C corat-coret
B limpah-ruah D kuih-muih
13 Keadaan ______ di Mesir
menyebabkan semua pelajar Malaysia yang menuntut di sana pulang ke tanah air.
A tunggang-langgang C riuh-rendah
B kacau-bilau D hiruk-pikuk
14 Hati Mei Ling _______ apabila
mendapati komputer ribanya hilang.
A compang-camping C remuk-rendam
B porak-peranda D kusut-masai
15 _______ ayng terhidang di atas
meja itu sungguh menyelerakan.
A Rempah-ratus C Lauk-pauk
B Batu-batan D Saki-baki
16 Mulut pelakon itu ______
menghafal skrip sebelum penggambaran dijalankan.
A comot-momot C simpang-siur
B kumat-kamit D kusut-masai
17 Lori yang ________ di kawasan
perumahan saya telah mengakibatkan kerosakan jalan yang teruk.
A bengkang-bengkok C simpang-siur
B mundar-mandir D lalu-lalang
18 Halina bukan sahaja pandai
menjahit malah mahir membuat _______ tradisional.
A rempah-ratus C sayur-mayur
B tanah-tanih D kuih-muih
19 Persiapan majlis perkahwinan
anak Encik Harun dan Puan Tina akan dilakukan secara ______.
A gotong-royong C riuh-rendah
B lintang-pukang D hiruk-pikuk
20 Rumah saya menjadi _________
apabila bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba.
A terang-benderang C kacau-bilau
B gelap-gelita D hiruk-pikuk
Jawapan
11A
12A
13B
14C
15C
16B
17D
18D
19A
20B
.