ISU PEMERDAGANGAN
MANUSIA
Aktiviti pemerdagangan
manusia di peringkat global sangat membimbangkan dan mendatangkan kesan negatif
kepada negara yang terlibat.
Bincangkan.
Pendahuluan
: Perubahan dunia alaf baru telah mula membentuk suatu fenomena
tentang pola migrasi manusia. Peperangan, kemiskinan, dan bencana alam telah
mula mengubah landskap dunia apabila migrasi gelombang kedua semakin mengancam
kestabilan politik dan sosial di beberapa buah wilayah di dunia. Pola tersebut
ialah sindiket pemerdagangan manusia yang ditunjangi oleh rangkaian penjenayah
antarabangsa yang turut dikenali sebagai tekong laut dan tekong darat. Kesan
daripada jenayah tersebut menimbulkan krisis kemanusiaan yang teruk apabila
manusia dengan sewenang-wenangnya dijadikan bahan dagangan demi mengaut
keuntungan yang berlipat ganda. Sementara itu, negara yang menjadi transit dan
negara penerima turut mengalami masalah sama ada dalam aspek politik,
demografi, ekonomi, dan sosial.
Kesan negative
Isi 1 : Boleh menjejaskan
kestabilan politik sesebuah negara – kemasukan warga asing dalam jumlah yang
banyak dan tidak terkawal boleh mengancam sesebuah kerajaan yang memerintah –
berlaku wujud ketegangan antara parti yang memerintah dengan pihak pembangkang
Isi 2 : Mengancam peluang
penguasaan ekonomi dalam kalangan rakyat tempatan – warga asing akan memonopoli
peluang pekerjaan dan mengambil peluang berniaga (monopoli tapak niaga oleh
warga Indonesia di Pasar Chow Kit dan warga Bangladesh di Jalan Petaling –
berlaku krisis pengaliran wang keluar negara secara dalam jumlah yang besar –
ekonomi sesebuah negara boleh muflis
Isi 3 Kesejahteraan
sosial rakyat tempatan terancam – warga asing mengambil kesempatan mengganggu
kawasan petempatan – wujud setinggan baru – membawa masalah kepada masyarakat
setempat seperti kotor, penyakit dan budaya yang tidak sihat
Isi 4 : Indeks masalah
jenayah yang semakin meningkat – kesukaran memperoleh peluang kerja mendorong
perlakuan jenayah –pihak polis sukar untuk mengesan penjenayah kerana
ketiadaan identiti – rakyat menjadi mangsa serangan, samun dan rompak
Isi 5 Penyebaran
budaya yang tidak sihat – pendatang asing membawa tabiat buruk dari negara asal
– sikap samseng/biadap (warga hitam Afrika), hidup berpuak-puak dan tidak
menghormati budaya dan undang-undang negara – berlaku perkahwinan rentas budaya
dan warganegara - timbul masalah anak tidak sah taraf
*Jikalau soalan dalam
fokus langkah-langkah, sila pilih rangka isi di bawah;
Isi 1 : Memperkukuh sistem
politik dan keamanan dalam negara masing-masing – kestabilan dalam negeri boleh
menjadi aset untuk menghalang kemasukan warga asing dengan sewenang-wenangnya
Isi 2 : Membanteras gejala
rasuah yang masih berleluasa dalam kalangan negara-negara dunia ketiga –
berusaha mengurangkan indeks rasuah terutama dalam kalangan penguatkuasa
seperti polis, tentera, dan pengawal pintu masuk perairan negara (peribahasa
amalan buruk lontar batu sembunyi tangan)
Isi 3 : Mengadakan
kerjasama rondaan dalam kalangan negara berjiran – mencegah kemasukan warga
asing sacara haram – kedudukan Malaysia dengan negara jiran terutama Indonesia
yang kondusif kepada kemasukan pendatang asing tanpa izin (hidup berjiran,
ibarat aur dengan tebing)
Isi 4 : Komitmen
diplomatik yang jujur dalam kalangan pemimpin negara – pertelagahan politik
memberi laluan mudah untuk orang lain mengambil kesempatan (peribahasa jong
pecah yu yang kenyang)
.