ISU TELEFON BIMBIT -
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN
Penggunaan telefon bimbit seolah-olah menjadi kemestian dalam kalangan pelajar walaupun mendatangkan pelbagai implikasi.
Jelaskan implikasi
penggunaan alat komunikasi tersebut kepada pelajar.
Pendahuluan : Pada
hari ini seseorang ibu dengan segera dapat menghilangkan rasa rindu terhadap
anak kesayangan yang tinggal berjauhan ribuan kilometer. Demikian pula seorang
kekasih dapat melampiaskan rawan hiba kepada yang tersayang dengan saling
menyatakan janji setia dan menyulam kasih. Malahan kuasa maklumat kini mampu
diterjemahkan dalam bentuk audio dan visual melalui perantara teknologi 3G.
Sebenarnya, semua peranti tersebut dikuasakan oleh teknologi telefon bimbit
yang amat canggih dan mampu bergerak seiring dengan kemajuan teknologi siber.
Oleh itu, kewujudan telefon bimbit bukan lagi sebagai lambang gaya hidup,
malahan menjadi kemestian kepada setiap individu. Kewujudannya walaupun
dianggap sebagai suatu rahmat dalam gaya hidup era milenium, namum tetap
memberikan pelbagai impak kepada masyarakat.
Positif :
Isi 1
: Membentuk transformasi gaya hidup yang lebih moden dan
sofistikated – keperluan terhadap teknologi semakin bertambah – memberi inovasi
kepada pelajar agar cepat celik teknologi
Isi 2 : Alat
telekomunikasi mudah alih untuk keselamatan pelajar – peningkatan kes jenayah
seperti penyeludupan kanak-kanak dapat dicegah – ibu bapa dapat mengawal
pergerakan anak-anak
Isi 3
: Memperluas jalinan/jaringan sosial – berlaku transformasi gaya
hidup apabila jalinan rangkaian kenalan melangkaui batas geografi dan batas
etnik mahupun keluarga – boleh berkongsi maklumat terutama yang berkaitan
dengan pelajaran
Negatif :
Isi 4
: Pembaziran dalam aspek ekonomi dan masa – peningkatan drastik
teknologi telefon bimbit memaksa masyarakat berlumba-lumba memperolehinya –
pembaziran wang semata-mata untuk ‘kepuasan’ air liur dan telinga – masa banyak
terbuang (golongan pelajar dan remaja yang banyak terbabit)
Isi 5
: Masyarakat (pengguna) semakin terdedah kepada gejala fitnah dan
adu domba – maklumat palsu dan memburuk-burukkan peribadi orang menjadi
‘budaya’ dalam masyarakat moden
Isi 6
: Generasi Y sebagai mangsa teknologi yang berkembang secara pantas
– masih mentah untuk mencari manfaat daripada mudarat – tersepit antara
kecanggihan teknologi dengan kemerosotan nilai moral, etika dan nilai agama
Kesimpulan
: Sesungguhnya, revolusi telefon bimbit telah banyak mengubah
transformasi dunia, namun masyarakat terpaksa membayar harga yang sangat mahal
di sebalik kecanggihan teknologinya. Harga sama ada dalam aspek ekonomi,
moral, mahupun keselamatan menjadi sangat mahal pada hari ini kerana ancaman
berterusan daripada penggunaannya. Oleh itu, masyarakat pengguna hendaklah
bijak dan berfikiran terbuka dalam mengendalikan sesuatu yang mempunyai
kemungkinan sama rata antara positif dan negatifnya.
.