Langkah Menangani
Jenayah Antarabangsa
Isu
jenayah merentas sempadan seperti pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah dan
penyeludupan senjata api mengancam keamanan negara.
Bincangkan
langkah-langkah yang perlu diilakukan oleh negara-negara serantau bagi
menangani masalah ini.
Pendahuluan : Perubahan
dunia alaf baru telah mula membentuk suatu fenomena tentang pola migrasi
manusia. Peperangan, kemiskinan, dan bencana alam telah mula mengubah landskap
dunia apabila migrasi gelombang kedua semakin mengancam kestabilan politik dan
sosial di beberapa buah wilayah di dunia. Pola tersebut ialah sindiket
pemerdagangan manusia yang ditunjangi oleh rangkaian penjenayah antarabangsa
yang turut dikenali sebagai tekong laut dan tekong darat. Kesan daripada
jenayah tersebut menimbulkan krisis kemanusiaan yang teruk apabila manusia
dengan sewenang-wenangnya dijadikan bahan dagangan demi mengaut keuntungan yang
berlipat ganda. Turut menjadi masalah dalam krisis ini ialah jenayah rentas
sempadan seperti pengedaran dadah dan penyeledupan senjata api. Sementara itu,
negara yang menjadi transit dan negara penerima turut mengalami masalah sama
ada dalam aspek politik, demografi, ekonomi, dan sosial. Sebagai salah sebuah
negara transit dan juga penerima, Malaysia tidak wajar berpeluk tubuh dan wajar
menjalinkan kerjasama strategik dengan negara-negara jiran agar jenayah yang
tidak berperikemanusiaan ini dibendung dengan sebaik mungkin.
Isi 1 : Memperkukuh sistem
politik dan keamanan dalam negara masing-masing – kestabilan dalam negeri boleh
menjadi aset untuk menghalang kemasukan warga asing dengan sewenang-wenangnya
Isi 2 : Membanteras gejala
rasuah yang masih berleluasa dalam kalangan negara-negara dunia ketiga –
berusaha mengurangkan indeks rasuah terutama dalam kalangan penguatkuasa
seperti polis, tentera, dan pengawal pintu masuk perairan negara (peribahasa
amalan buruk lontar batu sembunyi tangan)
Isi 3 : Mengadakan
kerjasama rondaan dalam kalangan negara berjiran – mencegah kemasukan warga
asing sacara haram – kedudukan Malaysia dengan negara jiran terutama Indonesia
yang kondusif kepada kemasukan pendatang asing tanpa izin (hidup berjiran,
ibarat aur dengan tebing)
Isi 4 : Komitmen
diplomatik yang jujur dalam kalangan pemimpin negara – pertelagahan politik
memberi laluan mudah untuk orang lain mengambil kesempatan (peribahasa jong
pecah yu yang kenyang)
Kesimpulan : Gejala
pemerdagangan manusia merupakan sebahagian daripada krisis kemanusiaan sejak
zaman-berzaman. Jenayah tersebut terus berlarutan hingga kini, cuma yang
berbeza hanya modus operandinya sahaja. Oleh itu, penyelesaian secara global
dan serantau hendaklah diteruskan agar landskap politik dunia dan wilayah tidak
terancam oleh sikap dan amalan manusia yang bersikap pepat di luar runcing di
dalam.
.