KEBAIKAN TELEFON
PINTAR
Sejak negara menikmati arus kemodenan ini , hampir semua
rakyat di dunia terutamanya para remaja yang semakin leka dengan penggunaan
telefon pintar .Pada zaman ini,remaja yang memiliki sebuah telefon pintar
merupakan satu kemestian bagi para remaja untuk hidup. Selain itu,para remaja
pada masa ini seperti katak hendak menjadi lembu kerana mereka sanggup
melakukan apa-apa sahaja yang melebihi kesanggupan mereka sendiri untuk
mendapatkan sebuah telefon pintar.Di samping itu,terdapat pelbagai jenis jenama
telefon pintar yang wujud di dalam dunia ini seperti telefon pintar berjenama
Nokia,Samsung,I-phone dan lain-lain.Seterusnya,telefon pintar telah menjadi
umpama nyawa di dalam diri masyarakat pada masa ini kerana terdapat pelbagai
jenis kebaikan yang terkandung di dalam telefon pintar ini.Selain itu,Mahatma
Ghandi ada berkata harga seseorang itu terletak pada ilmunya . Tegasnya,
pelbagai kemaslatan telefon pintar akan didiskusikan untuk kita jadikan pedoman
dan iktibar dalam mendepani hidup yang semakin mencabar.
Kebaikan telefon pintar yang pertama ialah telefon pintar dapat
menghubungkan orang yang jauh di mata tetapi dekat di hati dengan mudah.
Terdapat banyak murid bersekolah di tempat yang berjauhan dengan tempat
tinggal mereka sehinggakan terpaksa menduduki asrama demi merealisasikan impian
keluarga dan melunaskan tanggungjawab mereka. Oleh sebab itu, telefon pintar
merupakan medium untuk para remaja melepaskan rindu terhadap kedua-dua ibu bapa
mereka terutamanya pelajar yang merupakan anak manja di dalam keluarga. Hal ini
dikatakan demikian kerana dapat mendengar suara ibu bapa yang telah lama tidak
bersua muka akan memberikan ketenangan kepada para pelajar. Selain itu, murid
juga boleh menghubungi ibu bapa mereka ketika hari hampir dengan
peperiksaan untuk mendengar kata-kata motivasi daripada kedua-dua orang tua
bagi memperoleh kejayaan dan keberkatan semasa menjawab kertas peperiksaan .
Hal ini akan mengeratkan hubungan ahli keluarga seperti isi dengan kuku yang
saling menahan rindu sesama sendiri di berlainan tempat. Di samping itu,
penggunaan telefon pintar juga amat penting bagi urusan pembelajaran. Tugasan
yang diberi oleh guru amatlah wajib dan penting untuk disiapkan bagi pelajar
yang ingin berjaya. Namun, terdapat juga segelintir pelajar yang tidak dapat
menghadiri kelas semasa pembelajaran kerana mereka perlu menyertai aktiviti di
luar sekolah yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan bagi mengharumkan nama
sekolah. Dengan yang demikian, mereka akan menggunakan telefon pintar untuk
bertanyakan tugasan yang diberi oleh guru semasa ketiadaannya di dalam kelas.
Selain itu,mereka juga boleh menggunakan aplikasi seperti Whatsapp di dalam
telefon pintar untuk bertanyakan soal pembelajaran yang dijalankan kepada guru
mereka untuk memperoleh maklumat yang sudah ketinggalan .Para remaja yang ingin
berjaya akan sentiasa kembali untuk mencari pelajaran yang sudah ketinggalannya
kerana dia mengetahui bahawa ilmu yang diketahuinya sekarang masih tidak
mencukupi seperti kata-kata Socrates yang mengatakan bahawa bertambah banyak
aku tahu, bertambah sedarlah diri aku betapa tololnya diri ini. Maka, kita
seharusnya rajin menuntut ilmu sekalipun ke negara China.
Selain itu, penggunaan telefon bimbit amatlah penting kepada
pemandu-pemandu di jalan raya . Hal ini dikatakan demikian kerana
terdapat banyak kemalangan jalan raya yang berlaku baru-baru ini kerana
kecuaian pemandu sendiri yang suka memandu menggunakan telefon pintar atau
dalam keadaan yang mabuk. Oleh sebab itu , penggunaan telefon bimbit amatlah
penting jika kita terlihat berlaku kemalangan di jalan raya, kita boleh
menghubungi ambulans dan polis bagi menguruskan kemalangan yang berlaku . Hal
ini dikatakan demikian kerana tidak semua kemalangan jalan raya yang berlaku
pada tempat terbuka. Apabila kemalangan berlaku di tempat yang sunyi dan
tidak mempunyai kenderaan lain yang lalu-lalang di kawasan itu, kitalah
yang bertanggungjawab membantu mangsa kemalangan itu kerana sikap berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing harus diamalkan bersama-sama. Selaras dengan
itu, kita juga boleh menggunakan telefon pintar apabila berlaku kerosakan
kereta di mana-mana jua. Kita boleh menghubungi ahli keluarga terdekat atau
bengkel membaiki kereta untuk membantu kita. Jika tiada telefon pintar, mungkin
kita akan menjadi seperti cacing kepanasan . Sejajar dengan itu, kita juga
boleh membantu orang yang mungkin pengsan atau sakit secara tiba-tiba di
pinggir jalan dengan menghubungi ahli keluarga pesakit untuk datang mengambil
dan membawanya ke rumah ke hospital. Perkara ini bukan sahaja memberikan
kepuasan terhadap diri kita kerana telah membantu orang lain tetapi juga
memberi pahala yang berganda kepada kita. Seterusnya , kita juga dapat
menghubungi keluarga kita jika kita terpaksa pulang lewat akibat kesesakan lalu
lintas bagi mengelakkan mereka berasa khuatir dan terlebih risau.
Kebaikan telefon pintar yang seterusnya ialah kita dapat pergi ke
sesuatu tempat dengan mudah dengan adanya aplikasi yang dinamakan GPS. Dengan
menggunakan aplikasi ini kita tidak perlu khuatir akan kesesatan yang bakal
kita hadapi kerana GPS akan sentiasa membawa kita ke jalan yang kita ingin
tujui.Selain itu, telefon pintar juga amat penting untuk kita menghubungi rakan
kita ketika sesat di hutan atau di aman jua supaya kita menjumpai rakan kita
yang sesat.Di samping itu, telefon pintar amat berguna jika berlaku sebarang
kecemasan di rumah atau di luar .Sebagai contoh , ketika kita sedang berada di
dalam rumah sahabat kita terlalu suka sehingga sahabat kita mengalami
kecederaan pada kepalanya akibat terjatuh dari sofa ketika bergurau sambil
melompat bersama kita. Maka , kita boleh terus menghubungi ambulans untuk
membantu rakan kita yang merupakan sahabat kita. Datuk Dr Fadhilah Kamsah,
pakar motivasi negara ada berkata bahawa persahabatan merupakan cinta
tanpa sayap. Dengan itu , kehilangan sahabat ialah perkara yang amat
sedih bagi kita , lagi-lagi jika mereka pergi kerana bergurau bersama kita.
Sejajar dengan itu, kita juga boleh menggunakan telefon pintar untuk menangkap
gambar dan video bersama dengan rakan kita yang belajar di luar negara untuk
dijadikan sebagai kenangan terindah .Setiap kali kita merindui mereka, kita
boleh melihat gambar-gambar dan video bersama dengan telefon pintar.
Seterusnya,kita juga boleh berhubung dengan mereka melalui aplikasi yang
dipanggil Skype untuk menatap wajah sahabat yang kita rindui setelah sekian
lamanya tidak berjumpa. Dalam pada itu, terdapat juga hiburan di dalam telefon
pintar yang membolehkan kita menyertai pertandingan dan permainan di dalam
telefon pintar untuk memenangi hadiah. Selaras dengan itu, kita juga dapat
mendermakan wang melalui perkhidmatan SMS kepada golongan anak-anak yatim piatu
dan sebagainya .
Telefon pintar juga boleh dijadikan sebagai diari kita atau
tempat kita menyimpan rahsia. Kita mungkin mempunyai seorang sahabat yang
mempercayai kita sepenuhnya. Oleh itu, sahabat kita suka menceritakan
masalah-masalah kepada kita tetapi diceritakan secara peribadi dan bukan di
depan khalayak umum maka telefon bimbit lah yang sesuai dijadikan tempat
sahabat kita meluahkan perasaannya kerana ada beras taruh dalam padi. Rahsia
orang lain yang kita ketahui haruslah disimpan secara baik-baik. Oleh sebab itu
,untuk memastikan rahsia orang lain yang terdapat dalam telefon pintar kita
tidak diketahui, kita boleh meletakkan kata laluan agar telefon kita tidak
dapat dibuka dan dibaca orang lain. Seterusnya, telefon pintar juga boleh
dijadikan sebagai bahan bukti jika kita diancam atau diperas ugut oleh rakan
kita yang merupakan seorang pembuli di sekolah. Kita boleh menyimpan tangkapan
skrin untuk diberikan kepada guru disiplin sebagai bukti kerana pembuli
tersebut hanya bersikap baik di sekolah namun suka memeras ugut pelajar lain
melalui telefon pintar. Selaras dengan itu, kita juga dapat merakam video
pembuli yang membuli pelajar lain dengan menggunakan telefon pintar dari jauh
untuk ditunjukkan kepada pengetua sekolah atau polis. Jelaslah bahawa
telefon pintar banyak memberikan bantuan kepada diri kita dan orang lain.
Selain itu, telefon pintar boleh dijadikan sebagai buku kita ketika kita berada
di dalam asrama. Kita boleh melayari Internet untuk mencari maklumat yang
mungkin kita terlepas dengar semasa di kelas. Selanjutnya, kita boleh memasang
jam penggera supaya kita mampu bangun pagi pada masa yang tepat kerana masa itu
emas.
Tuntasnya, masyarakat pada masa ini amat
mementingkan telefon pintar kerana kebaikannya amat banyak dan dapat membantu
kita dalam kehidupan seharian. Namun begitu , janganlah kita bersikap seperti
kacang lupakan kulit apabila kita mempunyai telefon pintar yang baharu. Hal ini
dikatakan demikian kerana telefon pintar yang lama telah banyak berbakti kepada
kita selama ini. Oleh itu, kita boleh menggunakan kedua-duanya pada suatu
jangka masa tertentu. Kita juga harus mengelakkan membeli telefon pintar di
pasar malam kerana terdapat banyak peniaga yang menjual kembali makanan dan
barangan rosak di pasar malam. Sesungguhnya , kita sewajarnya membeli telefon
pintar di pusat beli-belah walaupun mahal asalkan berpuas hati akan kegunaannya
bagai kata peribahasa alah membeli menang memakai.
.