AYAT MAJMUK DAN AYAT TUNGGAL
AYAT TUNGGAL (AT)
1. Ayat yang mempunyai satu subjek dan
satu predikat.
2. AT terbahagi kepada dua iaitu, ayat
tunggal susunan biasa dan ayat tunggal susunan songsang.
3. AT biasa bermaksud unsur frasa subjek
mendahului frasa predikat.
AYAT MAJMUK (AM)
1. AM gabungan ialah ayat yang terdiri
daripada cantuman dua atau lebih ayat tunggal.
Ayat majmuk gabungan
1. Beberapa ayat tunggal diabungkan
menjadi satu dengan menggunakan kata hubung seperti, dan, atau, tetapi, sambil
dan sebagainya.
2. Contoh:
a. Saya dan Hamid mengulangkaji pelajaran
di sekolah.
3. Apabila berlaku pencantuman, unsur
yang sama dalam ayat disusurkan.
a. Contohnya:
Aimin belajar di Universiti Putra Malaysia
Aina belajar di Universiti Putra Malaysia
Jadi, Aimin dan Aina belajar di
Universiti Putra Malaysia.
Ayat Majmuk pancangan relatif
1. Terbentuk melalui cantuman dua ayat
dengan menggunakan kata relatif iaitu yang.
2. Ramli dan Syarif yang ponteng sekolah
semalam.
Ayat Majmuk Pancangan Komplimen
1. Terbentuk melalui percantuman dua ayat
yang menggunakan penanda komplemen iaitu bahawa,
supaya, untuk, dan sebagainya.
2. Contohnya,
a. Ketua pemerintah memberi penerangan
agar rakyat bersatu padu supaya tidak berlaku rusuhan.
Ayat Majmuk Pancangan Keterangan.
1. Cantuman ayat induk dengan ayat kecil
yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat.
2. Kata hubung yang digunakan ialah kerana, apabila, dengan, ketika,
seperti, bagi, setelah, bak, macam dan sebagainya.
a. Setiap remaja akan melakukan kesalahan
moral apabila terpengaruh dengan rakan-rakan yang negatif.
Latihan
Pisahkan setiap ayat di bawah menjadi dua
ayat tunggal.
1.
Pembinaan
lebuh raya memendekkan jarak perjalanan dan menjimatkan masa.
2.
Golongan remaja mahupun golongan tua
hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memajukan lagi negara ini.
3.
Barangan
buatan Malaysia bukan sahaja bermutu, malah dapat bersaing dengan barang luar
negara.
4.
Peperangan
menyebabkan kehidupan huru-hara dan banyak harta benda akan musnah.
5.
Membaca
buku dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan memudahkan seseorang menyelesaikan
masalah.
6.
Pendatang asing di negara ini banyak
memberikan kebaikan dan keburukan.
Pesanan cikgu: cuba jawab dahulu sebelum membaca jawapan di bawah.
JAWAPAN
1.
Pembinaan
lebuh raya memendekkan jarak perjalanan.Pembinaan lebuh raya menjimatkan masa.
2.
Golongan remaja hendaklah berusaha
sedaya upaya untuk memajukan lagi negara ini. Glongan tua hendaklah berusaha
sedaya upaya untuk memajukan lagi negara ini.
3.
Barangan
buatan Malaysia bermutu. Barangan buatan Malaysia dapat bersaing dengan barang
luar negara.
4.
Peperangan menyebabkan
kehidupan huru-hara.Peperangan menyebabkan banyak harta benda akan musnah.
5.
Membaca buku
dapat menambahkan ilmu pengetahuan.Membaca buku dapat memudahkan seseorang
menyelesaikan masalah.
6.
Pendatang
asing di negara ini banyak memberikan kebaikan.Pendatang asing di negara ini
banyak memberikan keburukan
.