Latihan Sistem Bahasa 10 (1) – Soalan Kata Ganda Penuh
Isi tempat
kosong denga jawapan yang paling
sesuai.
1 Ivy, Mirrah
dan Dewi merupakan _________ saya semasa menuntut di Universiti Putra Malaysia
dahulu.
A kakak-kakak
C guru-guru
B rakan-rakan
D jiran-jiran
2 Saya
sentiasa berdoa ________ Mak Cik Jinah sembuh daripada penyakitnya.
A cukup-cukup
C moga-moga
B tegap-tegap
D kuat-kuat
3 Adik makan
asikrim secara ________ kerana takut dimarahi oleh ibu.
A
sembunyi-sembunyi C sekat-sekat
B gelap-gelap
D jauh-jauh
4 Usia Nirmala
________ 12 tahun pada tahun April nanti.
A padat-padat
C genap-genap
B
nyaris-nyaris D bulat-bulat
5 ________
kaum ibu di kampung ini mahir menganyam tikar.
A Macam-macam
C Siapa-siapa
B
Masing-masing D Rata-rata
6 Buku yang
dimiliki oleh Kok Seng ______belaka.
A keras-keras
C tebal-tebal
B kasar-kasar
D nipis-nipis
7 Badan saya
_______ setelah mendaki Gunung Kinabalu yang tinggi itu.
A
lembik-lembik C carik-carik
B gemuk-gemuk
D sakit-sakit
8 Dia menatap
gambar ibu yang dirindui itu _______.
A
lambat-lambat C lama-lama
B
hampir-hampir D jelas-jelas
9 Saya ______
untuk membuat kuih tradisional itu tetapi tidak menjadi.
A susah-susah
C agak-agak
B takut-takut
D cuba-cuba
10 Kuih
karipap yang baru lepas digoreng itu ______ belaka.
A comel-comel
C cantik-cantik
B panas-panas
D pahit-pahit
11 ______
petang mereka berlatih bermain bola sepak di padang.
A Siang-siang
C Tahu-tahu
B Asyik-asyik
D Tiap-tiap
12 Harga
telefon bimbit itu masih tidak _______ walaupun telah lama berada di pasaran.
A sedikit-sedikit
C nipis-nipis
B turun-turun
D laris-laris
13 Pembedahan
pintasan jantung itu dilakukan oleh ______ perubatan di Institut Jantung
Negara.
A pakar-pakar
C handal-handal
B hebat-hebat
D wakil-wakil
Jawapan
1B 2 C 3A 4C
5D 6C 7D 8C 9D 10B 11D 12B 13A
.