Latihan Sistem Bahasa 11 (3) - Soalan Kata Ganda
Isi tempat kosong dengan jawapan
yang paling sesuai.
21 Puan Salina memerhati dua
orang anaknya yang sedang bermain ________.
A jongkang-jongket C riuh-rendah
B tanah-tanih D sorak-sorai
22 Pokok padi itu ________apabila
ditiup angin.
A bengkang-bengkok C simpang-siur
B lenggak-lenggok D liang-liuk
23 Nasi itu _______ kerana api
dapur terlalu besar.
A hangit-pengit C gelap-gelita
B hancur-lebur D haru-biru
24 Penjaja tanpa lesen itu lari
_______ apabila diserbu oleh pihak berkuasa.
A lintang-pukang C kucar-kacir
B simpang-siur D huru-hara
25 _________ para penyokong
menaikkan lagi semangat pemain-pemain bola sepak untuk menjaringkan gol.
A Sorak-sorai C Riuh-rendah
B Hiruk-pikuk D Jerah-jerih
26 Jason berasa curiga melihat
seorang pemuda yang berjalan ________ di hadapan rumah jirannya.
A lenggang-lenggok C
mundar-mandir
B lintang-pukang D simpang-siur
27 Anita tidak _______
menceritakan rahsia peribadinya kepada Jessica.
A selang-seli C lambat-laun
B segan-silu D teka-teki
28 Kamil mempelajari _______
perniagaan daripada ayahnya yang lebih berpengalaman.
A lenggak-lenggok C serba-serbi
B lintang-pukang D selok-belok
29 Sesiapa yang dapat menjawab
________ itu akan diberi hadiah oleh Cikgu Rahman.
A lekak-lekuk C selang-seli
B kotak-katik D teka-teki
30 Cikgu Nadia menegur pakaian
Anand yang ________.
A lintang-pukang C punah-ranah
B serbah-serbih D kusut-masai
Jawapan
21A
22D
23A
24A
25A
26C
27B
28D
29D
30B