Latihan Sistem Bahasa 2-Soalan Kata Ganda Penuh

Latihan Sistem Bahasa 2-Soalan Kata Ganda Penuh

Latihan berformat KBSR bertujuan untuk mengukuhkan penggunaan murid-murid dalam kata ganda penuh

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Kaki Alya ________kerana digigit nyamuk di kebun itu.
A keras-keras       C gatal-gatal
B carik-carik        D garu-garu

2 Puan Diana rambang mata memilih kain batik yang _______ di kedai itu.
A cantik-cantik      C bulat-bulat
B alang-alang        D kelip-kelip

3 Antara _______ murid yang cemerlang ialah bijak, rajin dan berbudi bahasa.
A diam-diam         C biri-biri
B baik-baik           D ciri-ciri

4 Ibu memegang tangan adik ________ semasa hendak melintas jalan.
A dekat-dekat       C ketat-ketat
B rapat-rapat        D erat-erat

5 Tumit kaki Rita ________ kerana terlalu kering.
A jarang-jarang    C tebal-tebal
B pecah-pecah     D pijak-pijak

6 Datuk Kamil _________ ada di pejabatnya kerana sering menghadiri mesyuarat di luar daerah.
A kadang-kadang    C bukan-bukan
B jarang-jarang        D jarak-jarak

7 Sistem pengangkutan yang terdapat di negara Jepun _______ belaka.
A canggih-canggih    C faham-faham
B bangun-bangun      D ciri-ciri

8 Cikgu Azlan menunjukkan _________ untuk membuat model kamera itu kepada murid-muridnya.
A lincah-lincah         C cara-cara
B asyik-asyik            D ciri-ciri

9 Juruterbang merupakan _________ abang sejak kecil lagi.
A minta-minta          C cita-cita
B cari-cari                D kira-kira

10 Abang Reza ________ terjun ke dalam kolam renang untuk menyelamatkan budak yang hampir lemas itu.
A kemas-kemas        C cepat-cepat
B malas-malas          D rajin-rajin

………………………………………………………………………………………..

Jawapan 1C 2A 3D 4D 5B 6B 7A 8C 9C 10C