Latihan Sistem Bahasa 8 - Soalan Kata Ganda
Penuh
Isi tempat
kosong denga jawapan yang paling
sesuai.
1 Alat mainan
itu sudah tidak boleh digunakan lagi kerana sudah _______.
A
tanggal-tanggal C herot-herot
B koyak-koyak
D robek-robek
2 Soalan yang
terdapat dalam buku latihan itu ________ belaka.
A
hampir-hampir C tajam-tajam
B susah-susah
D bulat-bulat
3 Adam
________ tergelincir semasa melalui jalan yang licin itu.
A
pandai-pandai C dekat-dekat
B
nyaris-nyaris D rasa-rasa
4 Suhana
terkejut apabila bahunya ditepuk oleh Geetha secara _______.
A
nyaring-nyaring C kuat-kuat
B
tinggi-tinggi D tiba-tiba
5 ________
yang terdapat pada Jalur Gemilang itu melambangkan jumlah negeri di Malaysia.
A Warna-warna
C Garis-garis
B corak-corak
D Jalur-jalur
6 Penduduk
kampung merayu agar Jabatan kerja Raya menurap jalan yang ______ itu dengan
segera.
A dekat-dekat
C lekuk-lekuk
B tajam-tajam
D lama-lama
7 Datuk makan
pil yang diberi oleh doktor itu ________.
A
sendiri-sendiri C sekali-sekali
B
sering-sering D satu-satu
8 Kakak
_______ untuk mencuba produk kecantikan yang terbaru di pasaran itu.
A
nyaris-nyaris C tawar-tawar
B dekat-dekat
D ragu-ragu
9 “Sudah lama
Vincent tidak menghubungi kita, ___________ dia tidak sihat,” kata Haikal
kepada Anand.
A
jarang-jarang C harap-harap
B bukan-bukan
D entah-entah
10 Rafiq tidak
dapat melupakan _______ dia menerima Anugerah Murid Cemerlang di sekolahnya.
A masa-masa C
saat-saat
B minit-minit
D tahu-tahu
Jawapan
1A 2B 3B 4D 5D 6C 7D 8D 9D 10C