KATA-KATA HIKMAT YANG
SESUAI DIGUNAKAN DALAM KARANGAN (3)
41.
Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan
pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya -Voltaire
42.
Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh
menghentikannya -Voltaire
43.
Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup
menyempurnakan menjadi sahabat orang –Hamka
44.
Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika
berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika
kuat -Khalifah Abdul Malik Marwan
45.
Dalam masyarakat manusia ada binatang tetapi dalam masyarakat binatang
tidak ada satu pun manusia -Aristotle
46.
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.-Lao Tze
47.
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan
satu kesalahan lagi. –Confucius
48.
Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap –Al-Ghazali Bayruni
49.
Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat -Beng Tju
50.
Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh -Albert Einstein
51.
Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh
kamu buat untuk negara -Abraham Lincoln
52.
Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti
-Hukama
53.
Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak
dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka –Soekarno
54.
Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah
penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan -Andre Colin
55.
Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi
dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah -Wahab B Munabin
56.
Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan
malu akan dirinya terlebih dahulu -Aflatun
57.
'Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil
mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang
sukar ditinggalkan' - Hamka
58.
'Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu
seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya'- Hamka
59.
'Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam
pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya'- Hamka
60.
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu
membuat sesuatu, anda akan cari alasan. - Peribahasa Arab
.