LATIHAN PLOT NOVEL: MELUNAS RINDU
Semoga
teknik plot ini dapat membantu pelajar lebih memahami jalan cerita Novel
Melunas Rindu.
Selamat
mencuba.
TEKNIK
PLOT
Teknik
plot merujuk kepada cara atau kaedah pengarang mengembangkan plot cerita supaya
menjadi lebih menarik dan menambat hati pembaca. Perkara ini menyebabkan
pembaca ingin meneruskan pembacaannya hingga ke penamat cerita. Biasanya,
teknik plot yang digunakan ialah dialog, monolog, monolog dalaman, pemerian,
imbas kembali, imbas muka, kejutan dan saspens.
Dialog
Dialog
bermaksud _________________________________________________
________________________________________________________________.
Pengarang menggunakan teknik ini untuk menggerakkan atau mengembangkan cerita
selanjutnya. Melalui dialog, pengarang dapat memaparkan atau menggambarkan
pendapat atau pemikiran berkenaan dengan tema atau persoalan dalam novel
tersebut. Sebagai contohnya, Fuad berdialog dengan Borhan tentang rancangannya
untuk membawa anak Borhan dan Masnah yang demam panas ke klinik pada suatu
malam.(Tulis dialog tersebut)
Monolog
Teknik
ini merujuk _________________________________________________
________________________________________________________________.
Dengan perkataan lain, teknik monolog bermaksud sesuatu watak itu akan bercakap
seorang diri. Kadangkala, monolog itu juga mungkin berupa doa, rungutan,
keluh-kesah ataupun ratapan. Sebagai contohnya, Fuad berdoa dengan memohon
kepada Allah agar hatinya menjadi tabah untuk menghadapi dugaan.(Tulis
monolog tersebut)
Monolog Dalaman
Teknik
ini merujuk kepada percakapan, lintasan, atau rintihan dalam hati atau fikiran
sesuatu watak dan tidak diketahui oleh watak-watak yang lain, contohnya
pengarang menggunakan teknik ini semasa Fuad berkata dalam hatinya tentang nama
ibu Farhana.(Tulis monolog tersebut)
Pemerian
Teknik
pemerian digunakan oleh pengarang untuk________________________
____________________________________. Hal ini bermaksud, pengarang menerangkan
atau menggambarkan sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung. Dengan
perkataan lain, pengarang seolah-olah menjadi tukang cerita dan menggambarkan
sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung, contohnya pengarang
menggambarkan keadaan di bandar Kuala Terengganu pada suatu pagi.
Imbas Kembali
Teknik
ini merupakan satu teknik plot yang digunakan oleh pengarang
_________________________________Pengarang menggambarkannya melalui ingatan,
kenangan, lintasan atau imbasan sesuatu watak terhadap sesatu peristiwa yang
telah berlaku sebelumnya. Sebagai contohnya, Swee Lan teringat akan kepulangan
Fuad pada suatu senja lebih setahun yang lalu.
Imbas Muka
Teknik
ini merupakan satu teknik plot yang digunakan untuk
_____________________________________________ Bayangan tersebut mungkin
berpunca daripada sesuatu aksi watak atau aksi watak-watak lain atau
perkara-perkara lain. Sebagai contohnya, pengarang menggambarkan kemungkinan
Cikgu Abas akan meluahkan perasaan marahnya kepada guru yang enggan
melaksanakan tugas dalam mesyuarat guru esok harinya.
Saspens
Teknik
ini merujuk kepada
____________________________________________________________________________
Pembaca ingin tahu perkara yang akan berlaku seterusnya. Sebagai contohnya,
peristiwa Fuad mendapati akaun banknya mengandungi wang lebih daripada dua
ratus ribu ringgit telah menimbulkan perasaan ingin tahu para pembaca tentang
wang yang begitu banyak yang terdapat di dalam akaun bank Fuad. Pembaca ingin
tahu dari mana sumber wang tersebut diperolehnya.
Kejutan
Teknik
ini merujuk kepada-________________________________________________________________. Dengan kata lain, pembaca tidak
dapat menjangkakan peristiwa itu akan berlaku dan peristiwa tersebut berlaku
secara mengejut. Pengarang menggambarkan teknik ini melalui peristiwa Fuad yang
terkejut apabila mendapati bahawa emak Farhana bernama Mariana binti Osman.
Peristiwa tersebut mengejutkan para pembaca kerana pembaca tidak menyangka
bahawa nama Mariana sama dengan nama ibu Fuad. Hal ini bermakna, mereka berdua
ialah adik-beradik kandung.
Pesanan cikgu: cuba dulu sebelum tengok jawapan ya..
JAWAPAN
TEKNIK
PLOT
Teknik
plot merujuk kepada cara atau kaedah pengarang mengembangkan plot cerita supaya
menjadi lebih menarik dan menambat hati pembaca. Perkara ini menyebabkan
pembaca ingin meneruskan pembacaannya hingga ke penamat cerita. Biasanya,
teknik plot yang digunakan ialah dialog, monolog, monolog dalaman, pemerian,
imbas kembali, imbas muka, kejutan dan saspens.
Dialog
Dialog
bermaksud pertuturan atau percakapan sekurang-kurangnya antara dua watak
ataupun lebih. Pengarang menggunakan teknik ini untuk menggerakkan atau
mengembangkan cerita selanjutnya. Melalui dialog, pengarang dapat memaparkan
atau menggambarkan pendapat atau pemikiran berkenaan dengan tema atau persoalan
dalam novel tersebut. Sebagai contohnya, Fuad berdialog dengan Borhan tentang
rancangannya untuk membawa anak Borhan dan Masnah yang demam panas ke klinik
pada suatu malam.
Monolog
Teknik
ini merujuk kepada pengucapan atau tutur kata oleh sesuatu watak secara
bersendirian. Dengan perkataan lain, teknik monolog bermaksud sesuatu watak itu
akan bercakap seorang diri. Kadangkala, monolog itu juga mungkin berupa doa,
rungutan, keluh-kesah ataupun ratapan. Sebagai contohnya, Fuad berdoa dengan
memohon kepada Allah agar hatinya menjadi tabah untuk menghadapi dugaan.
Monolog Dalaman
Teknik
ini merujuk kepada percakapan, lintasan, atau rintihan dalam hati atau fikiran
sesuatu watak dan tidak diketahui oleh watak-watak yang lain, contohnya
pengarang menggunakan teknik ini semasa Fuad berkata dalam hatinya tentang nama
ibu Farhana.
Pemerian
Teknik
pemerian digunakan oleh pengarang untuk menerangkan peristiwa dalam plot secara
langsung. Hal ini bermaksud, pengarang menerangkan atau menggambarkan sesuatu
perkara atau peristiwa secara langsung. Dengan perkataan lain, pengarang
seolah-olah menjadi tukang cerita dan menggambarkan sesuatu perkara atau
peristiwa secara langsung, contohnya pengarang menggambarkan keadaan di bandar
Kuala Terengganu pada suatu pagi.
Imbas Kembali
Teknik
ini merupakan satu teknik plot yang digunakan oleh pengarang untuk menceritakan
sesuatu peristiwa yang sudah berlaku sebelum peristiwa itu. Pengarang
menggambarkannya melalui ingatan, kenangan, lintasan atau imbasan sesuatu watak
terhadap sesatu peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Sebagai contohnya,
Swee Lan teringat akan kepulangan Fuad pada suatu senja lebih setahun yang
lalu.
Imbas Muka
Teknik
ini merupakan satu teknik plot yang digunakan untuk memberikan bayangan awal
tentang sesuatu peristiwa atau perkara yang akan berlaku dan masih belum
berlaku lagi. Bayangan tersebut mungkin berpunca daripada sesuatu aksi watak
atau aksi watak-watak lain atau perkara-perkara lain. Sebagai contohnya,
pengarang menggambarkan kemungkinan Cikgu Abas akan meluahkan perasaan marahnya
kepada guru yang enggan melaksanakan tugas dalam mesyuarat guru esok harinya.
Saspens
Teknik
ini merujuk kepada peristiwa yang menggambarkan perasaan tertanya-tanya dan
ingin tahu para pembaca untuk mengikuti cerita. Pembaca ingin tahu perkara yang
akan berlaku seterusnya. Sebagai contohnya, peristiwa Fuad mendapati akaun
banknya mengandungi wang lebih daripada dua ratus ribu ringgit telah
menimbulkan perasaan ingin tahu para pembaca tentang wang yang begitu banyak
yang terdapat di dalam akaun bank Fuad. Pembaca ingin tahu dari mana sumber
wang tersebut diperolehnya.
Kejutan
Teknik
ini merujuk kepada keadaan atau peristiwa yang berlaku tanpa disangka-sangka
oleh pembaca. Dengan kata lain, pembaca tidak dapat menjangkakan peristiwa itu
akan berlaku dan peristiwa tersebut berlaku secara mengejut. Pengarang
menggambarkan teknik ini melalui peristiwa Fuad yang terkejut apabila mendapati
bahawa emak Farhana bernama Mariana binti Osman. Peristiwa tersebut mengejutkan
para pembaca kerana pembaca tidak menyangka bahawa nama Mariana sama dengan
nama ibu Fuad. Hal ini bermakna, mereka berdua ialah adik-beradik kandung.
.