Novel Kabus Di Perbukitan
( Mohamad Kholid Hamzah)
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)
Sinopsis
Novel ini memaparkan kisah pasangan suami
isteri, __________________ seorang tentera dan Salmah,yang mempunyai sepasang
anak kembar __________________ dan Rahayu. Apabila Kamarudin ditugaskan sebagai
Pegawai Pemerintah di Pengkalan Hulu di Perak, dia telah berkahwin dengan
__________________. Kamarudin diarahkan bertugas sebagai Atase Keselamatan di
Pejabat Kedutaan Malaysia di __________________, Indonesia. Di sinilah
bermulanya perpisahan pasangan kembar tersebut. Kamarudin telah membawa Rahayu tinggal
bersama-samanya, manakala Faridah dijaga oleh Salmah. Setelah dewasa, Rahayu
berkawan dengan __________________ yang sama-sama belajar di Fakulti Ekologi
Manusia, UPM. Faridah menjadi Sukarelawan PDK Suria. Rahayu telah dikejarkan ke
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana __________________ di
perpustakaan. Rahayu disahkan menghidap kanser. Faridah pula membawa
kanak-kanak istimewa ke Bukit Fraser. Sebelum pulang Faridah pergi ke Raub
untuk mengisi minyak van dan membeli beberapa keperluan untuk perjalanan pulang
pada pukul 2 petang nanti. Akibat terkejut dengan kehadiran __________________
di dalam van, Faridah gagal mengawal pergerakan van, dan melanggar tembok
pengadang jalan lalu menjunam ke dalam __________________. Faridah dan Iqbal tidak
dapat dikesan oleh pasukan penyelamat. Setelah dua minggu usaha menyelamat
gagal, operasi menyelamat dihentikan. Namun, bapanya, Kamarudin dan rakannya,
Buyung berusaha meredah hutan mencari Faridah dan Iqbal. Mereka dijumpai di
__________________orang Asli di Sungai Dua. Faridah dimasukkan ke hospital yang
sama dengan Rahayu dalam keadaan koma. Rahayu melawat Faridah dan dia
menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Faridah. Selepas kematian Rahayu
dan tamat pengajian di universiti, Azrul berhasrat menjadi penternak
__________________ yang berjaya, sebagaimana yang dicita-citakan oleh Rahayu
semasa mereka sama-sama belajar. Setelah sihat, Faridah berkahwin dengan
Pegawai Kebajikan Masyarakat bernama __________________. Tidak lama kemudian
Salmah, ibu kepada Faridah dan Rahayu meninggal dunia kerana terlalu rindu akan
__________________. Selepas itu, Ghazali pula meninggal dunia akibat
__________________. Kemudian Faridah ditawarkan mengikuti kursus Community
Services for Disable People di __________________ selama enam bulan. Di situlah
dia berkahwin dengan __________________dan dia terus menetap di sana. Mereka
mendapat sepasang anak kembar, iaitu __________________ dan __________________.
Melina berkenalan dengan Jabbar al – Anbia atau dikenali sebagai
__________________. Secara tidak sengaja, Anne pula bertemu dengan Zain yang
membantunya semasa keretanya rosak. Akhirnya Melina berkahwin dengan Benny di
Masjid al-Noor, Christchurch. Mereka berpindah ke Malaysia kerana Benny
ditugaskan menerajui operasi minyak di situ. Mereka menetap di
__________________. Di Malaysia, Benny berkawan baik dengan Mohamed Attar dan
Mehmood yang cenderung mencapai sesuatu matlamat berhubung dengan Islam secara
kekerasan. Muhamed Attar telah ditangkap oleh pihak berkuasa Interpol kerana
disyaki terlibat dengan aktiviti __________________. Benny yang bimbang akan
keselamatan dirinya telah melarikan diri ke Dubai dengan bantuan keluarganya.
Faridah dan Soleh pulang ke Malaysia untuk berbincang tentang perkahwinan Anne
dan Zain. Mereka menginap di Cameron Highlands. Di situlah Faridah mengetahui
bahawa Zain ialah anak lelaki bekas teman lelaki adiknya, arwah Rahayu. Majlis
perkahwinan mereka berlangsung dengan meriah. Akhirnya, Melina yang sedang
sarat mengandung ke __________________ bersama-sama dengan ayahnya, Soleh untuk
berjumpa dengan Benny. Melina dan Benny menetap di Dubai. Anne dan Zain pula
mengambil alih syarikat penternakan keluarga Johnson di New Zealand. Datuk
Azrul dan Soleh Johnsons membuka perniagaan kotej di Cameron Highlands.
Pesanan cikgu: pelajar haruslah menjawab soalan terlebih
ahulu sebelum menyemak jawapan di bawah.
Jawapan:
Jawapan:
Novel ini memaparkan kisah pasangan suami
isteri, Kamarudin seorang tentera dan Salmah,yang mempunyai sepasang anak
kembar Faridah dan Rahayu. Apabila Kamarudin ditugaskan sebagai Pegawai
Pemerintah di Pengkalan Hulu di Perak, dia telah berkahwin dengan Hamidah.
Kamarudin diarahkan bertugas sebagai Atase Keselamatan di Pejabat Kedutaan
Malaysia di Pontianak, Indonesia. Di sinilah bermulanya perpisahan pasangan
kembar tersebut. Kamarudin telah membawa Rahayu tinggal bersama-samanya,
manakala Faridah dijaga oleh Salmah. Setelah dewasa, Rahayu berkawan dengan
Azrul yang sama-sama belajar di Fakulti Ekologi Manusia, UPM. Faridah menjadi Sukarelawan
PDK Suria. Rahayu telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
kerana pengsan di perpustakaan. Rahayu disahkan menghidap kanser. Faridah pula
membawa kanak-kanak istimewa ke Bukit Fraser. Sebelum pulang Faridah pergi ke
Raub untuk mengisi minyak van dan membeli beberapa keperluan untuk perjalanan
pulang pada pukul 2 petang nanti. Akibat terkejut dengan kehadiran Iqbal di
dalam van, Faridah gagal mengawal pergerakan van, dan melanggar tembok
pengadang jalan lalu menjunam ke dalam gaung. Faridah dan Iqbal tidak dapat
dikesan oleh pasukan penyelamat. Setelah dua minggu usaha menyelamat gagal,
operasi menyelamat dihentikan. Namun, bapanya, Kamarudin dan rakannya, Buyung
berusaha meredah hutan mencari Faridah dan Iqbal. Mereka dijumpai di
perkampungan orang Asli di Sungai Dua. Faridah dimasukkan ke hospital yang sama
dengan Rahayu dalam keadaan koma. Rahayu melawat Faridah dan dia menghembuskan
nafasnya yang terakhir di sisi Faridah. Selepas kematian Rahayu dan tamat
pengajian di universiti, Azrul berhasrat menjadi penternak kambing yang
berjaya, sebagaimana yang dicita-citakan oleh Rahayu semasa mereka sama-sama
belajar. Setelah sihat, Faridah berkahwin dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat
bernama Ghazali. Tidak lama kemudian Salmah, ibu kepada Faridah dan Rahayu
meninggal dunia kerana terlalu rindu akan Rahayu. Selepas itu, Ghazali pula
meninggal dunia akibat kemalangan. Kemudian Faridah ditawarkan mengikuti kursus
Community Services for Disable People di New Zealand selama enam bulan. Di situlah
dia berkahwin dengan Soleh Johnsons dan dia terus menetap di sana. Mereka
mendapat sepasang anak kembar, iaitu Melina dan Anne. Melina berkenalan dengan
Jabbar al – Anbia atau dikenali sebagai „Benny‟. Secara tidak sengaja, Anne
pula bertemu dengan Zain yang membantunya semasa keretanya rosak. Akhirnya
Melina berkahwin dengan Benny di Masjid al-Noor, Christchurch. Mereka berpindah
ke Malaysia kerana Benny ditugaskan menerajui operasi minyak di situ. Mereka
menetap di Terengganu. Di Malaysia, Benny berkawan baik dengan Mohamed Attar
dan Mehmood yang cenderung mencapai sesuatu matlamat berhubung dengan Islam
secara kekerasan. Muhamed Attar telah ditangkap oleh pihak berkuasa Interpol
kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengganas. Benny yang bimbang akan
keselamatan dirinya telah melarikan diri ke Dubai dengan bantuan keluarganya.
Faridah dan Soleh pulang ke Malaysia untuk berbincang tentang perkahwinan Anne
dan Zain. Mereka menginap di Cameron Highlands. Di situlah Faridah mengetahui
bahawa Zain ialah anak lelaki bekas teman lelaki adiknya, arwah Rahayu. Majlis
perkahwinan mereka berlangsung dengan meriah. Akhirnya, Melina yang sedang
sarat mengandung ke Dubai bersama-sama dengan ayahnya, Soleh untuk berjumpa
dengan Benny. Melina dan Benny menetap di Dubai. Anne dan Zain pula mengambil
alih syarikat penternakan keluarga Johnson di New Zealand. Datuk Azrul dan
Soleh Johnsons membuka perniagaan kotej di Cameron Highlands.
.